Rabu, 16 Mei 2012

kaTa-kata rOmantik boLeh meLeburkan seSeOranG itu....

Banyak betul kata-kata yang telah digoreskan dan dinukilan oleh mereka yang bijak pandai cuma kita yang tidak mahu untuk meneliti dan cuba mengkaji disebalik 1001 makna didalam kata-kata itu...

'setiap insan perlu ada kekuatan, tanpanya tiang yang dibina sekuat manapun pasti akan rebah'

'kawal kemarahan mu kerana kemarahan mu akan menunjukan betapa dirimu sangat lemah'

'setiap kesedihan hanya akan membuatkan musuhmu gembira, oleh itu bahagiakanlah hati mu untuk membuat musuhmu berdukacita'

'hidup ini ibarat pelayaran, mengemudi bahtera untuk sampai ke terminal kejayaan, oleh itu layarkanlah usaha gigimu agar tidak tenggelam oleh dilema kekecewaanmu'

'kebahagian tidak terletak dengan memiliki apa yang kita inginkan, melainkan kerana kita kita tidak menginginkan apa yang tidak dapat kita miliki' -princess karaja-

'Lihatlah bagaimana allah memberi-berikan nikmat'

'bahagia adalah kesenangan yang telah dicapai mengikut kehendak masing-masing' -aristotles-

'membalas sikap buruk lawan dengan budi yang baik adalah budi yang paling tinggi' -hamka-

'Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan
lahir yang kurang cantik. Dengan senyuman ke mana pun kita pergi, bersinarlah suasana cahaya kegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, malah semuanya dapat diatasi' -hamka-

'berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak keberaniaan'-hamka-

'berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sebelum menyalahkan orang lain'-hadis-

terlalu banyak kata-kata yang sangat menarik dan mempunyai maksud yang amat mendalam dan menarik, sukar untuk diungkapkan bagaimana mereka dapat mengeluarkan buah fikiran mereka sedemikian rupa..thats why orang dahulu sangat cemerlang dalam semua bidang coz mereka sangat teliti memikirkan rasional setiap insan...cuba menyingkap rahsia mereka ini...mereka juga insan yang biasa dengan kita cuma yang membezakan kita dengan mereka adalah usaha yang mereka lakukan itu tersangat luar biasa.
saya aDalah seorang insan yang ingin mencuba melakukan sesuatu dengan usaha yang luar biasa.....bley ka...
AssaLamualikum....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan