Khamis, 21 Februari 2013

This ChiLd so SpeciaL To me

The reds....

Tuuuu Dia.....amni...

ArsenaL......

                 

                                    This Is so cute....

Owh My BatWomen....

                                   Awesome....want to Candid...hehehe

Khamis, 17 Januari 2013

BerSama menCari sesuatu

Assalamualikum w.b.t alhamdullilah setelah sekian lama membiarkan blog saya ini penuh dengan kesepian dan dipenuhi dengan sawang-sawang hari ini dapat juga untuk bersama seketika untuk meluangkan masa untuk mengeluarkan sesuatu yang sanggat-sanggat terpendam di hati.Al maklumlah saya bukan cikgu yang ada anak murid untuk diceritakan dan saya juga bukan pemimpin yang mempunyai pengikut-pengikut supaya mendengarkan kata ku.tetapi saya adalah admin kepada blog ini so dapatlah bercerita atau meluah dekat dalam ini. betul rupanya dalam hidup ini kita boleh mempelajari banyak benda melalui alam ini dan juga melalui penglihatan ini.terlalu banyak pelajaraan yang semestinya kita perolehi didalam hidup ini melalui alam atau kejadiaan yang tertentu. kadang-kadang kita merasa ego dan terlalu yakin akan diri dan merasakan yang kita sentiasa di pihak yang benar sehinggakan lupa untuk mengenali diri sendiri kerana takutkan teguran daripada orang lain kerana yakin diri itu terlalu sempurna dan tidak mempunyai sebarang kecacatan.
kadang-kadang saya terfikir akan diri ini betapa mudahnya dan indahnya hidup ini jika kita tahu untuk melaluinya. tiada apa yang mustahil didalam hidup ini semuanya bergantung kepada usaha diri sendiri untuk meletakkan diri di posisi yang sepatutnya. kadang-kala juga kita pasti akan terfikir apakah kesudahan hidup ini dan bagaimana kesudahan ini nanti. adakah masih sama ataupun berubah.segala yang berlaku samada yang telah berlaku atau akan berlaku semuanya mempunyai hikmah yang tersendiri dan mempunyai pengajaran yang memberikan kita 1001 makna didalam hidup ini. malam ini kawan minta untuk mencari potongan ayat suci Al-Quran yang membawa maksud "adakala sesuatu yang kamu anggap baik untuk kamu sebenarnya tidak baik untuk kamu dan adakala sesuatu yang kamu anggap tidak baik untuk kamu sebenarnya baik untuk kamu" dimana halatuju kita

Ahad, 20 Mei 2012

KENAPA

assalamualikum wbt.

kalau kita semua perasaan perkataan KENAPA selalu kerap kali kita tengok ataupun dengar KENAPA telah menjadi sangat feymes sebagai contoh saya berikan kalau korang dapat surat tawaran daripada IPTS mereka pasti akan menulis KENAPA harus memilih tempat dorang terlalu banyak KENAPA yang mereka letakkan disitu untuk menjadi seseorang yang membaca itu tidak ada alasan lagi untuk menghindarinya...

Teringin sangat nak belajar daripada mereka macam mana mereka boleh membuatkan perkataan KENAPA itu seolah-olah menjadi keramat..Perkataan KENAPA itu menjadi tunjang dan nadi utama dalam menetukan sesuatu benda.Mesti didalam setiap diri individu mempunyai alasan KENAPA saya mesti teruskan hidup bukan.Manusia jika ada alasan KENAPA mesti berjaya mungkin satu hari nanti dia boleh berjaya kerana dia mengetahui KENAPA dia perlu berjaya.


salah satu lagi fakta menarik tentang kenapa ini.Dunia kini terlalu banyak benda yang bukan-bukan yang mungkin diluar jangkaan seseorang itu kalau kita melihat perniagaan samaada MLM atau Direct Selling cuba anda lihat mereka pasti akan memberitahu 'KENAPA' kenapa mesti memilih perniagaan mereka.KENAPA mereka ini sanggat berkesan kerana terlalu banyak jumlah mereka yang telah menyertainya bukan.berbalik kepada KENAPA itu cuba lah kita mengambil yang baik daripada semua KENAPA itu untuk dijadikan panduan dan sumber untuk kita lagi berjaya dan dapat memantapkan diri ini.





kalau kita merenung betul-betul pada usia kini telah banyak mereka yang telah gagal tetapi bangun semula untuk memperolehi kejayaan dalam hidup ini.ini kerana mereka tahu dan faham KENAPA mereka harus terus menerus sedih dan berputus asa walhal dia mungkin dapat mencapai yang lebih baik daripada dahulu.Insan kalau dia buat sesuatu secara luar biasa pasti hasilnya juga akan menjadi luar biasa.

Wahai insan jadikanlah KENAPA ini kearah benda yang positif dan cuba memadamkan KENAPA yang negatif sebab kita memang diciptakan untuk berjaya.
merenung sedetik: 'allah menjadikan setiap insan dalam keadaan cemerlang dan insanlah yang menenetukan kemanakah hidupnya'