Khamis, 17 Januari 2013

BerSama menCari sesuatu

Assalamualikum w.b.t alhamdullilah setelah sekian lama membiarkan blog saya ini penuh dengan kesepian dan dipenuhi dengan sawang-sawang hari ini dapat juga untuk bersama seketika untuk meluangkan masa untuk mengeluarkan sesuatu yang sanggat-sanggat terpendam di hati.Al maklumlah saya bukan cikgu yang ada anak murid untuk diceritakan dan saya juga bukan pemimpin yang mempunyai pengikut-pengikut supaya mendengarkan kata ku.tetapi saya adalah admin kepada blog ini so dapatlah bercerita atau meluah dekat dalam ini. betul rupanya dalam hidup ini kita boleh mempelajari banyak benda melalui alam ini dan juga melalui penglihatan ini.terlalu banyak pelajaraan yang semestinya kita perolehi didalam hidup ini melalui alam atau kejadiaan yang tertentu. kadang-kadang kita merasa ego dan terlalu yakin akan diri dan merasakan yang kita sentiasa di pihak yang benar sehinggakan lupa untuk mengenali diri sendiri kerana takutkan teguran daripada orang lain kerana yakin diri itu terlalu sempurna dan tidak mempunyai sebarang kecacatan.
kadang-kadang saya terfikir akan diri ini betapa mudahnya dan indahnya hidup ini jika kita tahu untuk melaluinya. tiada apa yang mustahil didalam hidup ini semuanya bergantung kepada usaha diri sendiri untuk meletakkan diri di posisi yang sepatutnya. kadang-kala juga kita pasti akan terfikir apakah kesudahan hidup ini dan bagaimana kesudahan ini nanti. adakah masih sama ataupun berubah.segala yang berlaku samada yang telah berlaku atau akan berlaku semuanya mempunyai hikmah yang tersendiri dan mempunyai pengajaran yang memberikan kita 1001 makna didalam hidup ini. malam ini kawan minta untuk mencari potongan ayat suci Al-Quran yang membawa maksud "adakala sesuatu yang kamu anggap baik untuk kamu sebenarnya tidak baik untuk kamu dan adakala sesuatu yang kamu anggap tidak baik untuk kamu sebenarnya baik untuk kamu" dimana halatuju kita